Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa
bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik
dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagaibagai
negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-tanaman, beberapa
gunung dan lain-lain."

Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari,
bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada
padaku."

Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk
bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang
yang baik)."

Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan
bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam,
seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang
paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga
di tempatku."

Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit
mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, "Ya Allah,
Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila
mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh
itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan
kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan
berbangga."

Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T
memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah
engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau
mencabut nyawa pada malam ini."

Jibrail A.S. bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"
Allah S.W.T berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah
engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad
dengan buraq itu."

Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang
bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat
nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada
seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S.
menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"
Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama
Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam
hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu
makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."

Berkata Jibrail A.S., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang
engkau rindukan itu."

Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan
membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Wallahu'alam.
Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam
perjalanan Israk dan Mikraj.

Posted by NurAsh Wednesday, December 9, 2009

0 comments

Post a Comment

asdiqaa'ie wa ana

Demi Masa. Sesungguhnya Manusia Dalam Kerugian..

Search This Blog

Subscribe here