“TAPI Cik Ekin, kecantikan juga penting untuk menyenangkan hati suami. Dalam Islam juga antara krateria-krateria dalam mencari calon isteri, kecantikan juga tersenarai. Ada agama tapi muka tak cantik, suami mana yang selera?”



Rasulullah bersabda bermaksud: “Orang mengahwini wanita kerana empat perkara iaitu hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Oleh itu, carilah wanita yang mempunyai agama (kerana kalau tidak) binasalah dua tanganmu." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)



“Betul tu..” saya terdiam sebentar sambil mencari ayat yang sesuai untuk dijadikan hujah. Tangan saya menaip-naip huruf pada keyboard laptop. Kemudian saya padam. Saya taip pula ayat baru. Kemudian saya padam lagi. Saya taip lagi dan..


“Kenapa Cik Ekin senyap aje?”


“Saya tak nafikan kecantikan itu penting. Tapi, adakah awak terlalu handsome sehinggakan perlu mencari isteri yang cantik? Muka cantik tapi agama tak ada, umpama membina halaman rumah yang cantik tapi tidak berpagar. Sesiapa sahaja boleh ceroboh masuk.”


“Ermm….”


Saya anggap dia kehabisan modal kerana tiada sebarang mesej yang muncul di skrin yahoo messenger saya untuk beberapa minit.


“Apakah ciri-ciri rumahtangga yang diredhai Allah? Saya dah banyak melakukan dosa. Saya ingin kembali ke pangkal jalan. Saya takut hidup saya sia-sia aje di dunia nie. Tapi, saya harap Cik Ekin sudi bombing saya.” tanyanya pada saya tiba-tiba.

“Daripada Ibnu Masu’d radiallahu anhu berkata : Sesungguhnya orang mukmin itu memandang dosa-dosanya seperti orang yang berdiri di bawah gunung,yang mana dia (sentiasa) rasa takut yang gunung itu nanti akan menghempapnya,dan orang yang keji pula memandang dosa-dosa mereka seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya, yang berkata : dengan hanya begini sahaja (iaitu dengan hanya diteh pis dengan tangan sahaja) maka dengan mudah sahaja lalat itu terbang” (Hadith riwayat Imam Bukhari)

Saya bersandar pada kerusi sebentar. Haruskah saya mempercayainya. Adakah satu kerugian sekiranya saya membantu dia? Tidak! Adakah saya yang berdosa sekiranya saya membiarka dirinya terus hanyut sedangkan saya tahu dia perlukan bimbingan seseorang. Ya!! Saya memandang kearah roomate saya yang sedang tidur lena selepas penat berchatting di ruang yahoo chat. Pada awalnya, perbualan kami berkisar tentang rumahtangga. Lelaki yang bechatting dengan saya ini adalah salah seorang kenalan chat roommate saya. Dia menyerahkan perbualannya kepada saya apabila dia memarahi lelaki tersebut kerana melakukan zina.
“Jangan balas macam tu. Dia baru nak belajar Islam.” Tegur saya kepada roommate saya apabila jawapan yang diajukan sedikit kasar.

“Tidak sempurna iman seseorang kamu selagi mana tidak mencintai saudaranya sebagai mana ia mencintai diri sendiri.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

“Kalau macam tu Ekin jelah yang chat dengan dia.” Balasnya, kemudian dia tidur.
Tumpuan saya kembali kepada laptop di depan mata. Otak saya sedang memikirkan sesuatu. “Rumah tangga yang sempurna itu akan dianggap sempurna bila mana dibina dengan tiang keimanan, berdindingkan ketaqwaan, berbumbungkan kasih sayang, berlamankan zuriat soleh, dan dihias dengan kalam Allah di setiap sudutnya” hanya ayat ini yang mampu saya beri pada jam 1.30 pagi campur pula dengan rasa ngantuk.

“Agaknya saya ni layak tak memiliki isteri yang solehah? Saya dah banyak melakukan dosa. Hampir 5 tahun saya meninggalkan solat dan puasa. Saya taknak teruskan hidup macam ni. Saya nak berubah. Tapi kawan-kawan saya yang melayu pun lebih kurang saya je”

“ Allah tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya”

Saya terkejut. Seorang muallaf yang baru masuk Islam hidup dalam persekitaran jahil. Yang jahil itu bukan si jahil
yang azalinya bukan Islam, tetapi si jahil yang jahil tentang keislaman dirinya.
"Tidaklah dari satu kaum berbuat maksiat, dan diantara mereka ada orang yang mampu untuk melawannya, tetapi dia tidak berbuat itu, melainkan hampir-hampir Allah meratakan mereka dengan azab dari sisi-Nya." (Hadith riwayat Abu Dawud, at-Turmudzi, dan Ibnu Majah).

“apa yang patut saya lakukan sekarang?”
Saya menahan ngantuk yang amat sangat sambil tangan menaip ayat di keyboard. “beginilah, saya cadangkan malam ni, awak buatlah solat sunat taubat.”
“tapi saya tak tahu nak buat macam mana..tolang ajarkan saya”

*****
Lagu Albi Nada’ kedengaran dari handphone saya menandakan mesej masuk.

“Ekin, baru tadi family saya datang jumpa saya dan mereka menawarkan pelbagai benda untuk saya supaya saya kembali kepada agama lama. Papa kata, saya akan dapat banyak harta kalau tinggalkan Islam, abang akan bagi perempuan paling cantik, mama juga akan sediakan kubur yang paling tinggi di kawasan bukit. Saya hampir-hampir dipukul papa tadi bila saya tetap nak masuk Islam”

“Katakanlah (Muhammad), ‘wahai orang-orang kafir!’(1) aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah (2). Dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah (3). Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah (4). Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah apa yang aku sembah (5). Untukmu agamamu, dan untukku agamaku (6).”
[Al-Kafirun : 1-6]

Saya teringat ayat ni bila situasi yang sama berlaku pada muallaf tersebut (Seharusnya tidak perlu lagi dipanggil muallaf kerana dia telah memeluk Islam selama 5 tahun). Rasulullah dulu turut menerima tentangan yang maha hebat dari golongan Quraisy. Pelbagai tawaran telah diberikan supaya Rasulullah meninggalkan agamanya. Namun demikian, dia adalah pesuruh Allah. Sebaik-baik ummah. Kewujudannya telah dicatat dalam lembar al-Quran.
“sesungguhnya aku diutuskan untuk melengkapkan kemulian akhlak manusia”

*****

Handphone saya bergetar di pertengahan kuliyah malam. Saya membaca mesej yang baru masuk.
“Salam… Saya nak tanya Ekin.. Kenapa kaum lelaki diwajibkan bersunat? Agama lain yang tidak menyarankan sunat pun masih boleh menjalani kehidupan yang sihat.”
Saya terpinga-pinga mendapat soalan baru dari penghantar SMS tersebut. Soalan yang perlu dijawab. Dengan harapan jawapan ini merupakan salah satu bentuk keindahan Islam dimatanya.

Selesai kuliyah malam, saya membuat panggilan kepada kakak sepupu saya. “Soalan ni nanti Kak Ina tanya pada Abang Mus ya. Mungkin orang laki lebih memahaminya. Dah dapat jawapan nanti Kak Ina hantar mesej”

Lagu Albi Nada’ berkumandang dari handphone saya. Saya membuka mesej yang baru masuk. “” Mesej yang baru saya terima dari kakak sepupu saya, saya hantar kepada Adam sebagai jawapan kepada persoalannya.
“Berkhatan merupakan sunnah Nabi Ibrahim dan Rasulullah SAW sebagai usaha ke arah kebersihan diri untuk mengabdikan diri pada Allah SWT. Ia juga sering digunakan sebagai perbezaan antara orang Islam dan bukan Islam. Dari aspek kesihatan, ia boleh mendatangkan kebersihan pada kemaluan, mencantikkan bentuk dan merangsang syahwat selain menjaga kesihatan tenaga batin serta memelihara diri dari dihinggapi penyakit kelamin. Malah, ia mengandungi hikmah yang besar di sebalik yang dilihat oleh mata kerana ajaran Islam yang lengkap dan murni, setiap yang disuruh pasti mengandungi makna yang mendalam”


*****

Perkenalan saya bersama seorang jejaka bernama Adam menjadikan handphone saya sedikit sibuk saban hari. Setiap hari ada sahaja soalan berkaitan akidah yang dikemukakan. Dan saya cukup berhati-hati ketika menjawab setiap persoalan dengan bantuan kakak sepupu serta suaminya yang rapat dengan saya.

Pernah sekali saya diajukan tentang kewujudan jin dan syaitan. Adakah makhluk itu benar-benar wujud? Bukanlah saya terkejut mendapat soalan ini. tapi saya harus berhati-hati kerana dalam hujah yang bakal saya kemukakan pasti mendorong kepada persoalan akidah yang lebih rumit. Isu akidah tidak boleh dibahaskan secara suka hati tanpa dalil!

“Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”
[al-Baqarah: 3]

Ternyata, sangkaan saya sangat tepat. Kemudian dia bertanya tentang sifat Allah, bagaimana qada’ dan qadar Allah dan pelbagai soalan yang tidak harus saya jawab kerana ini hanya akan mengelirukannya. Lalu saya berkata “ Jangan dibahaskan isu akidah. Perbahasan ini yang membawa kepada perpecahan umat islam sehingga membawa kepada kewujudan pelbagai pemikiran aliran dan mazhab akidah.”

Inilah kali pertama saya berdakwah pada seseorang yang muallaf. Pendekatan saya sebelum ini adalah lebih kepada mengislahkan saudara-saudara seagama sahaja. Terlalu banyak cabaran yang saya alami pada tempoh tersebut hinggakan pelbagai tentangan dan kejutan berlaku sedikit demi sedikit. Sungguh, saya tidak pernah menyangkakan ini akan berlaku pada saya, namun, saya akui, cabaran kepada seorang Da’ie itu akan wujud selagi mana dia berada di landasan dakwah. Masih banyak kisah lanjut yang ingin dikongsikan kerana ini adalah pengalaman pertama berdakwah secara serius. Kisah ini juga semakin rumit, berbelit dan penuh dengan agenda tertentu dari hari ke hari tanpa saya sedari. Namun, atas dasar privacy tidak semua perkara dapat dikongsikan bersama.

Sunggguhpun begitu, kita sebagai umat Islam, berdakwah merupakan satu kewajipan penting bagi kita semua. Tak perlu tunggu diketuk baru kita hendak terjaga. Kita sendiri yang perlu sedar hakikat diri ini ada tanggungjawab untuk menyebarkan kalam Allah. Saya mengingatkan diri sendiri dan juga anda semua bahawa, masyarakat Melayu sendiri agak terpesong sekarang. Jadi, adalah tugas kita mengislahkan mereka ke arah mencapai ummah cemerlang sekaligus mengembalikan sejarah Islam yang terbilang dahulu.
“Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya, mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana”
[Surah At-taubah:71]

Posted by NurAsh Thursday, September 3, 2009 0 comments

asdiqaa'ie wa ana

Demi Masa. Sesungguhnya Manusia Dalam Kerugian..

Search This Blog

Diriku Di Facebook

Subscribe here